Tuesday 11 October 2011

kuning itu menawan

assalmualaikum u alzzzzz. ups. terperencik air liur. xpe air liur aku wangi. cube korg bau sikit. wangie kn..
ok . hari ni aku nak cerita pasal kuning. ha! eip! eip! bukan. bukan. bukan aku nk cerita l*cah uolls..
KUNING ni warna feberet (favorite) aku! sape suke kuning?? yeah! sep! (give me 5)sbb kuning itu menawan! kan .kan. korg xpercaya? try la pakai kuning bila keluar jalan2 dgn kawan korg . family korg .awek korg. pakwe korg. mesti dorg ckp "comelnye kau.." (kalau xde korg jgn pakai kuning lagi)tapi. tapi..ade jugak warna kuning yg membuat kite nampak.. BUROK! ahhh..tidak. ce teka . ce teka..
.
.
.


erkk....
ok
korg nak ke gigi mcm ni? agak2 ade org nak dekat ngn korg?
for sure bila gigi da mcm ni. dgn taik gigi dah byk melekat ,mulut still harum lagi ke?
kalau gigi da mcm ni, kau berckp dgn org gak aku rasa boleh gugur bulu hidung dia. 4 sure!
ok!stop! skg nak habaq mai pasal positif je warna kuning ni.
kuning ni comel! mcm gambar ni..

teletubby!
comel kan teletubbies! rindu nya nk tgk cartoon ni. siapa yg sebaya ngn aku ingat lg x cerita ni agak famous la masa kita tadika dulu. if im not mistaken la masa tadika. kat tv 1 kot. RTM. tepat .padat . mutakhir.
bye bye teletubbies :)
then bila tgk kuning aku mesti mcm nk ceria je..


see.. merah je yg sedih.
n sebab ape aku kate kuning itu menawan??kuning mmg menawan! sbb bila korg tgk gambar lepas ni korg pn  
akn setuju kuning 2 menawan!
jeng jeng jeng..
ha..menawan kan. kelasss kau mariaaa...ha! kau mampu?! eleh. buat muka annoying pulak.
jealous la 2. menawan kan. dgn muka aku yg bulat mcm smiley kat atas ni.
ye smmgnya aku dah gemok selepas tamat sekolah. dah! diam! moron!bhahaaha..
banyak lagi pasal KUNING aku nak share ngn korg ni.
 "Dalam tata bahasa Inggeris, warna kuning sering diistilahkan sebagai penyakit kuning ataupun merujuk kepada sipengecut. Di samping itu warna kuning juga berkait dengan perkataan amaran. Pada masa yang sama kuning juga bermakna berusia sama ada merujuk kepada manusia ataupun objek. Warna kuning kepada peradaban manusia merujuk kepada penduduk Asia. Manakala dari segi sejarah Inggeris di abad 20, warna kuning merujuk kepada African-Americans (High yellow).
Warna kuning atau giallo dalam Itali merujuk kepada istilah jenayah sama ada cerita atau kisah sebenar. Filem kuning pula merujuk kepada istilah filem lucah dalam budaya Cina, mirip filem biru dalam budaya Inggeris. Dalam dunia kewartawanan, “yellow journalism” merujuk kepada pengamalan wartawan sensasi yang tidak sehaluan dengan kesatuan pihak kiri.
Dalam dunia Melayu, warna kuning sinonim dengan istana. Begitu juga tradisi kuno yang serba kuning hasil adaptasi dari budaya Hindu. Budaya Buddha juga terkenal dengan warna serba kuning ini.
Dalam sejarah muzik mungkin ada yang masih mengingati lagu Yellow Submarinedendangan The Beatles dari album Revolver 1966. Tetapi ramai yang tidak tahu lagu Mellow Yellow dendangan Donovan 1967 yang amat digilai oleh golongan hippies.
Berbeza dengan dunia barat, banyak parti Liberal menggunakan warna kuning seperti Free Democratic Party (Jerman), Liberal Forum (Austria), Estonian Reform Party, National Liberal Party (Romania) dan Liberal and Centre Union (Lithuania). Ini termasuklah parti The pan-European Alliance of Liberals, parti Democrats for Europedan European Liberal Democrat and Reform Party juga menggunakan warna kuning sebagai lambang parti mereka.
 Di Asia, parti Republic of China (Taiwan) turut menggunakan warna kuning pada lambang parti mereka.
Manakala warna kuning juga merupakan warna utama yang digunakan semasa Revolusi Kuasa rakyat 1986 di Filipina yang ketika itu digerakkan oleh Corazon Aquino. 
Dalam arena sukan, warna kuning adalah warna amaran (kad kuning) dalam bola sepak. Ini mirip dalam American Football, bendera kuning yang dilemparkan ke dalam padang oleh pengadil menandakan penalti.
Bendera kuning yang dikibarkan adalah arena pemotoran menandakan bahaya dan ketika pelumba tidak dibenarkan memintas pelumba di hadapan.
Dalam sukan berbasikal, jersi kuning dianugerahkan kepada pendahulu peringkat.
Dalam dunia pengangkutan, Yellow Cab yang mula diperkenalkan Chicago sama popularnya dengan Bas Sekolah warna kuning di Malaysia yang turut digunakan pada dinding bas sekolah di Amerika Syarikat dan Kanada.
 Kuning sering kali dikaitkan dengan tanda amaran atau bahaya. Ramai yang tidak di abad 19, pelukis-pelukis Eropah menggunakan beberapa bahan kimia semula jadi seperti Naples yellow (lead antimonite yellow), Cadmium Yellow (Cadmiun sulfide, Cds) dan Chrome Yellow (Lead chromate, PbCrO4) sebagai pewarna Kuning dalam lukisan yang dihasilkan mereka."
(diadaptasi dari : BILA DUNIA TANPA KUNING ,malaysia times oleh wan larut wan muda)
begitulah ceritanya..
sekarang pun politik malaysia da pandai  nak gunakan warna kuning

macam-macam..ape pun yg terjadi kuning tetap menjadi pujaan hati ku!
to sygku farhan..hadiahkan saya kasut lg! tp nak kasut warna kuning yg comel. aww~ aww~
*tetiba nk gedik --'
assalamualaikum. kalau jawab wajib xjawab dosa..




No comments:

Post a Comment